Yatim piatu sekelip mata
Kuala Terengganu : Puteri Nabilah Azaman, 19, tidak mengikut keluarganya yang terkorban dalam nahas tengah hari tadi (14/10/2015) kerana dia bakal menduduki peperiksaan kolejnya.
"Ketika bersarapan pagi di rumah, ayah beria-ria mengajak saya ke Kuantan tapi terpaksa menolak. Esok saya kena ambil kertas akhir untuk subjek Matematik.
"Tidak lama selepas itu, saya diberitahu mereka (keluarganya) terlibat dengan kemalangan," kata pelajar Kolej Vokasional Wakaf Tembusu ini.
Bapanya Azaman Ramli, 49, dan ibu tirinya Noor Akmal Mohd Zain, 48, serta empat adik beradiknya terkorban dalam kemalangan di Kilometer 258, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berdekatan Hentian Rawat dan Rehat Perasing di Jabor.
Kereta Toyota Camry dipandu bapanya dilapor terbabas dan merempuh belakang treler.
Anak sulung ini berkata bapanya yang bekerja sebagai Pengurus Pusat Jualan Perodua di Padang Midin di sini mahu ke Kuantan untuk menemui seorang rakan lamanya bagi membincangkan mengenai pertukaran lokasi kerjanya ke Kota Baharu pada 1 November ini.
"Saya sangat sedih dengan pemergian mereka dalam sekelip mata dan hasrat ayah untuk berjumpa rakannya juga tidak kesampaian. Dua minggu lalu saya baru sahaja kematian ibu," katanya. - BERNAMAudara di dua tempat duduk hadapan kereta terus mengembung dan mengenai adiknya. "Sebaik kereta berhenti, saya terkejut apabila Khyra tiada di tempat duduknya. Saya keluar dari kereta untuk mencarinya kerana menyangka Khyra tercampak keluar, tetapi menemuinya terperosok di ruang bawah tempat duduk belakang pemandu. "Dalam keadaan panik, saya memanggil Khyra beberapa kali, namun adik tidak menyahut. Saya mengangkatnya keluar sebelum dua lelaki datang membantu dan menghantarnya ke rumah dengan menaiki motosikal," katanya. Khyra kemudian dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) tetapi disahkan sudah meninggal dunia.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/89041