Perkataan “pondok” adalah perkataan bahasa Arab, فندوق yang bermaksud khemah, hotel, tempat menginap ataupun tempat persinggahan sementara bagi para pengembara. Istilah ini lebih terkenal sebagai tempat tinggal yang dihuni oleh para penuntut ilmu. Kamus Dewan pula memberi erti “pondok” sebagai madrasah atau tempat belajar agama. Di Indonesia, terdapat beberapa nama yang diberikan kepada pondok, umpamanya “pesantera”. Ia membawa maksud pelajar agama. Pesantera merupakan tempat berkumpul dan penginapan bagi para santri di mana ia membentuk sekumpulan rumah yang mengelilingi masjid atau rumah tuan guru.
Di Madura, istilah “Penjentren” digunakan sebagai gantian istilah “pondok”. Istilah “Rangrang” pula digunakan oleh penduduk di Acheh, perkataan “surau” untuk penduduk di Minangkabau, manakala di Sumatera pula, penduduknya menggunakan istilah “Langgar”. Walaupun istilah yang digunakan adalah berbeza, namun ia tetap membawa erti yang sama iaitu deretan rumah-rumah kecil yang menjadi tempat menginap bagi pelajar-pelajar pengajian agama.
Perkataan “pondok” adalah perkataan bahasa Arab, فندوق yang bermaksud khemah, hotel, tempat menginap ataupun tempat persinggahan sementara bagi para pengembara. Istilah ini lebih terkenal sebagai tempat tinggal yang dihuni oleh para penuntut ilmu. Kamus Dewan pula memberi erti “pondok” sebagai madrasah atau tempat belajar agama. Di Indonesia, terdapat beberapa nama yang diberikan kepada pondok, umpamanya “pesantera”. Ia membawa maksud pelajar agama. Pesantera merupakan tempat berkumpul dan penginapan bagi para santri di mana ia membentuk sekumpulan rumah yang mengelilingi masjid atau rumah tuan guru.Di Madura, istilah “Penjentren” digunakan sebagai gantian istilah “pondok”. Istilah “Rangrang” pula digunakan oleh penduduk di Acheh, perkataan “surau” untuk penduduk di Minangkabau, manakala di Sumatera pula, penduduknya menggunakan istilah “Langgar”. Walaupun istilah yang digunakan adalah berbeza, namun ia tetap membawa erti yang sama iaitu deretan rumah-rumah kecil yang menjadi tempat menginap bagi pelajar-pelajar pengajian agama.
การแปล กรุณารอสักครู่..