KAJANG: Pemandu teksi, Encik Hanizan Mohamed Radzi, berkata penahanannya kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kes penculikan budak lelaki berusia lima tahun di sini memalukan keluarganya.
"Anak saya malu atas apa yang berlaku. Tolong, tolong bersihkan nama saya," rayunya kepada pegawai polis apabila beliau dibawa ke Mahkamah Majistret kelmarin sebelum dibebaskan selepas ditahan seminggu bagi siasatan lanjut berhubung kes itu.
- See more at: http://beritaharian.sg/dunia/pemandu-teksi-yang-ditahan-tidak-terlibat#sthash.NgL6C3HQ.dpuf